SELAMAT DATANG

Ke Blog Linguistik.

LINGUISTIK

Bahasa Malaysia

SALASIAH BINTI KEDIT

( D20102044256 )

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Program Pensiswazahan Guru PPG ambilan 2011.

Pendidikan Digital Untuk Semua

KRT3013: Teknologi Maklumat Sekolah Rendah

Selasa, 29 November 2011

Diari Refleksi ( MIKROPENGAJARAN)

MIKROPENGAJARAN





1.0 REFLEKSI PEMBELAJARAN MIKROPENGAJARAN

1.1 KEKUATAN

   Dalam mikropengajaran yang telah diljalankan saya memilih untuk melaksanakan kemahiran dalam Langkah 1. Secara keseluruhannya, objektif pembelajaran tercapai berdasarkan respon dan jawapan yang diberikan oleh murid. 85% peratus iaitu 28 daripada 33 orang murid dapat mencapai objektif pembelajaran. Kawalan kelas dapat dilaksanakan dengan baik. Walaupun keadaan persekitaran murid kurang kondusif untuk sesi pembelajaran kerana bilik kelas terletak berdekatan dengan dapur dan dewan makan, namun murid masih fokus dengan pembelajaran. Murid secara holistiknya dapat mengikut pembelajaran dengan baik dan teratur. Isi pelajaran dan kemahiran yang hendak disampaikan sesuai dan dapat diikuti oleh murid. Tambahan pula, isi pelajaran yang disampaikan melibatkan pengetahuan sedia ada murid mengenai buah-buahan seperti warna, bentuk, dan jenis buah. Penerapan nilai murni berdasarkan situasi murid ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti yang dirancang. Alat bantu mengajar atau bahan bantu mengajar dapat menarik minat murid untuk mengikuti pembelajaran. Saya turut menyelitkan unsur kecindan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi menarik tumpuan murid supaya mereka tidak bosan dan lalai. Penglibatan murid secara keseluruhannya aktif dan memberangsangkan. Murid dapat dan mahu mengambil bahagian dalam sesi pembelajaran, malah murid yang lemah turut terlibat dengan bantuan rakan.

1.2 KELEMAHAN
   
    Kelemahan yang jelas dalam sesi mikropengajaran saya ialah mengenai arahan yang diberikan kepada murid. Sebagai contoh, saya meminta murid membina ayat dalam tempoh masa lima minit untuk satu ayat. Sehubungan dengan itu juga, arahan yang diberikan kurang jelas dan murid yang lemah menjadi keliru dengan arahan. Malah, saya menghadapi masalah dalam menyediakan murid untuk mengikuti aktiviti menulis ayat di lembaran yang disediakan memandangkan murid ada yang tidak membawa alat tulis.

1.3 CARA MENGATASI/PENAMBAHBAIKAN

   Penambaikan perlu dibuat dari aspek alat bantu mengajar dan isi pelajaran agar lebih menarik dan mencabar minda murid. Murid juga perlu menyentuh dan menggunakan alat bantu mengajar atau bahan bantu mengajar sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung agar memberi pengalaman dan pengetahuan kepada murid. Tambahan pula, dengan berbuat demikian , kita dapat membantu murid menggunakan kesemua pancainderanya dalam pembelajaran supaya wujud pembelajaran berkesan. Sehubungan dengan itu, saya perlu merancang dan menguasai arahan yang ingin diberikan kepada murid supaya sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Murid akan lebih terpimpin dan mampu mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran secara berkesan dan menyeronokan serta terancang.

RPH 2

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 2
Tema : KELUARGA CERIA
Tajuk : TANGGUNGJAWAB KAMI


Tanggungjawab Kami


Alat Bantuan Mengajar (ABM)







Bpg rph2
View more documents from salasiah82


REFLEKSI 2: TANGGUNGJAWAB KAMI

Kekuatan    :

Kekuatan pengajaran dan pembelajaran hari ini ialah Bahan Bantu Mengajar/Alat Bantu Mengajar yang menarik. Hari ini saya menggunakan video untuk dalam pengajaran dan pembelajaran. Murid berasa seronok dan fokus kepada tayangan video yang dipamerkan.  Kawalan kelas juga turut memuaskan memandangkan semua murid memberi jawapan setiap kali saya menyoal dan meminta pandangan mereka. Murid yang lemah hari ini nampak lebih berkeyakinan untuk belajar melalui aktiviti membaca sajak dalam Langkah 1.

Kelemahan :

Masalah yang saya hadapi dalam pengajaran dan pembelajaran hari ini ialah aktiviti memberi pendapat dan melengkapkan carta aliran mengenai video dalam Langkah 4. Secara keseluruhan, murid belum mampu memberi pendapat dengan bernas mengenai perlakuan anak dan ayah di dalam Video, murid hanya menyatakan perlakuan yang berlaku sahaja. Hanya 3 orang murid sahaja yang memberi pendapat dengan baik seperti “Kita mestilah membantu ayah kerana ayah menjaga kita, Anak hendaklah patuh kepada ayah mereka dengan mengikuti suruhan mereka, dan Anak perlu mendengar suruhan ayah supaya ayah tidak marah.

Cara mengatasi:

Cadangan yang terbaik bagi mengatsi masalah ini ialah saya perlu menyediakan siri soalan untuk mengcungkil idea murid. Selain itu, saya perlu menyediakan Borang Pengurusan Grafik yang memiliki gambar bersiri supaya murid mampu memberi pendapat dengan bernas. Seterusnya, saya perlu memberi beberapa contoh situasi yang berkaitan supaya murid lebih terangsang dan menarik minat murid untuk memberi pendapat. 


RPH 1    RPH 3    RPH 4    RPH 5

RPH 1

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 2
Tema : KELUARGA CERIA
Tajuk : KELUARGA SAYA


keluarga saya


Alat Bantuan Mengajar (ABM)







Bpg rph1
View more documents from salasiah82




REFLEKSI 1: KELUARGA SAYA

Kekuatan                : 

Secara keseluruhannya, objektif pengajaran dan pembelajaran ini tercapai berdasarkan respon dan hasil tugasan yang dihantar oleh murid. Murid dapat mengikuti pembelajaran dengan seronok memandangkan mereka diberi peluang untuk menyanyi semasa sesi set induksi. Mereka juga berminat untuk mengikuti pembelajaran kerana tajuk yang bersesuaian dengan pengetahuan sedia ada murid iaitu bercerita tentang keluarga. Kekuatan yang ketara dalam sesi pengajaran dan pembelajaran pada kali ini ialah kawalan kelas yang terkawal dan arahan yang jelas dengan alat bantu mengajar yang sesuai dan dapat menarik minat murid untuk terus belajar.

Kelemahan             :

Walaupun objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai pada hari ini, namun terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian iaitu menyediakan Borang Pengurusan Grafik yang mudah. Selain itu, beberapa aktiviti yang dirancang tidak sesuai dengan penglibatan  murid secara kelas atau individu seperti di dalam Langkah 2 dan Langkah 3 . Sebagai contoh aktiviti dalam Langkah 2 yang meminta murid membaca dialog dan melafazkan ucapan bertatasusila. Murid mula hilang perhatian semasa aktiviti ini dilaksanakan.

Cara mengatasi      :

Masalah dalam penyediaan Borang Pengrusan Grafik akan  dipermudahkan dengan meletakkan arahan pada Borang Pengurusan Grafik di samping menggunakan kertas berwarna agar murid lebih teruja dan menyimpan borang pengurusan grafik sebagai koleksi bahan rujukan. Sehubungan dengan itu, reka bentuk Borang Pengurusan Grafik akan dipelbagaikan dan ditambah dengan lukisan yang bersesuaian dengan tajuk yang diajar pada hari tersebut. Sebagai contoh,  Borang Pengurusan Grafik berwarna-warni dalam pelbagai bentuk seperti bintang, bulat, bunga dan sebagainya. Bagi mengatasi masalah dalam Langkah 2 dan Langkah 3, aktiviti akan dirancang untuk aktiviti berkumpulan dan aktiviti berlakon.


RPH 2    RPH 3    RPH 4    RPH 5


Rancangan tahunan dan bahan-bahan LINUS

1.Modul Guru LINUS Literasi Tahun 2                    


2.Modul Murid LINUS Literasi Tahun 2                   


3.Modul Guru LINUS Numerasi Tahun 2                  


4.Modul Murid LINUS Numerasi Tahun 2 (Jilid 1      


5.Modul Guru LINUS Numerasi Tahun 1                  


6.Konstruk Numerasi                                           


7.Konstruk Kemahiran                                        


8.Saringan LINUS                                                


9.Cadangan Ujian Diagnostik LINUS                        


10.Ujian Diagnostik LINUS                                    


11.Bengkel RPH LINUS                                        


12.RPH LINUS Tahun 2                                        


13.RPH LINUS Tahun 1                                        


14.RPT LINUS Literasi dan Numerasi Tahun 1 & 2    


15.RPT LINUS Literasi Tahun 2                             


16.RPT LINUS Literasi Tahun 1                             

Isnin, 28 November 2011

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More