PENGENALAN BLOG


Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,

Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah rahmatnya, saya berjaya membangunkan sebuah blog yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Blog ini merupakan salah tugasan bagi subjek  Teknologi Maklumat Sekolah Rendah ( KRT 3013) bagi pelajar ambilan PPG PJJ UPSI Semester 2 seperti dibawah

Tugasan 1C: Pembangunan Blog (30%)
Blogger (link blog diletakkan di MyGuru Tarikh akhir: 12 Disember 2011 (Isnin)

Secara individu, pelajar dikehendaki membina blog P&P bagi satu topik pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan mata pelajaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelajar diwajibkan menggunakan platform Blogger (Blogger). Pelajar dibenarkan memilih sendiri mata pelajaran yang dikuasai mereka. Bagi penilaian pembangunan blog berjumlah 20%, pelajar dikehendaki memasukkan pautan blog ke dalam forum yang akan disediakan khusus untuk tugasan ini. Pastikan nama, nombor matrik dan topik masing-masing diletakkan di muka hadapan blog. Markah bonus akan diberikan sekiranya pelajar berjaya mengintegrasikan aplikasi lain ke dalam blog mereka seperti YouTube, FaceBook, Scribd, Prenzi dan sebagainya. Markah bagi tugasan ini diberikan berdasarkan kandungan (10%) serta senireka persembahan blog: 


KRITERIA
MARKAH
Isi kandungan blog serta kualiti penyampaian
10
Senireka blog serta daya tarikan
10
Teknik serta kaedah mengajar /teknologi yang digunakan dalam blog seperti video, animasi dan sebagainya
10
JUMLAH
30




Blog yang saya bangun ini diberi tajuk Linguistik Bahasa Malaysia memandangkan saya sendiri mengajar dalam Bahasa Malaysia di sekolah. Segala pengetahuan dan pengalaman yang ada dikongsi bersama di dalam blog ini. Blog ini dibahagikan kepada empat halaman iaitu Laman Utama, Pengenalan, Huraian Sukatan Pelajaran dan Tentang Saya.Disamping itu juga di bahagian Senarai Artikel terdapat banyak maklumat yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran yang boleh dijadikan rujukan untuk semua golongan sama ada guru-guru, ibubapa dan kepada murid-murid untuk mendapatkan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran. Fokus utama pembangunan blog ini ialah pada tugasan saya iaitu tentang pengajaran saya :-




Saya berharap rakan pembaca menerokai blog yang saya bina ini dan sebarang komen atau kritikan membina amat saya hargai. Semoga blog ini dapat membantu rakan pembaca semua.

Sekian, terima kasih.


Selamat membina blog!


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More