TENTANG SAYA



SALASIAH BINTI KEDIT
D20102044256
EL-Q02
sala_syuk82@yahoo.com



PJJ PPG AMBILAN MAC 2011
Bertugas di S.K Abang Leman kabong,
94650 Kabong, Sarawak.
Tempoh perkhidmatan 6 tahun.
Tarikh Mula bertugas 03.01.2006




Blog ini dibina bertujuan untuk menyiapkan tugasan subjek KRT 3013. Di sini saya ingin berkongsi pengalaman yang saya perolehi semasa membina blog ini. Pengetahuan saya dalam membina blog adalah 0%,  banyak perkara yang perlu saya pelajari dalam menyiapkan blog ini. Saya mendapatkan panduan asas membina blog melalui Myguru2 dengan nota yang diberi oleh penyelaras kursus. Namun begitu, blog yang saya bina pada awalnya bukan seperti yang saya impikan. Namun saya bersyukur kerana saya sudah mempunyai blog sendiri.

Perasaan ingin memenuhi kehendak pensyarah e-learning dan kemahuan sendiri, saya mengambil alternatif untuk belajar membina blog melalui internet dengan melayari blog-blog lain. Banyak maklumat yang saya perolehi terutamanya dalam mencari template yang sesuai, mencari dan mengubah gadget,  membina link dan sebagainya. 

Dalam banyak hal yang saya temui dalam pembikinan blog ini, pengalaman membuat pelbagai akaun rangkaian seperti twitter, facebook, youtube dan  lain-lain adalah perkara yang tidak saya lupakan.  Dulu, saya hanya memiliki akaun emel yahoo sahaja, kini saya sudah berjaya memiliki beberapa rangkaian akaun dalam internet.

Pengalaman seumpama ini amat berharga bagi saya yang kurang ilmu teknologi maklumat. Pengorbanan dan kesabaran serta kesungguhan yang menjadi guru kepada saya dalam mencipta blog ini.

Selamat membina blog!

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More