Jumaat, 2 Disember 2011

RPH 3

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 2
Tema : KELUARGA CERIA
Tajuk : SAYA SAYANG AKAN MEREKA


Saya Sayang Akan Mereka




Alat bantuan Mengajar (ABM)









Bpg rph3
View more documents from salasiah82




REFLEKSI 3 : SAYA SAYANG AKAN MEREKA (1)

Kekuatan :

Secara keseluruhan objektif pengajaran dan pembelajaran ini tercapai. Isi pelajaran yang dirancang dapat diikuti oleh semua murid. Murid mampu melengkap lima ayat dengan baik. Walau bagaimanapun terdapat 5 orang murid mampu membina tiga ayat mejmuk dengan betul dan tepat mengikut konsep.  Penglibatan murid sungguh memberangsangkan. Murid yang pandai dapat membantu rakan yang lemah dalam aktiviti membina lima ayat majmuk dalam Langkah 4. Penerapan nilai seperti rajin, kepimpinan dan kerjasama dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Kelemahan :

Murid yang lemah masih belum memahami konsep majmuk dan masih perlukan bantuan guru dan rakan dalam membina ayat.  Selain itu, saya turut menghadapi masalah dengan Murid LINUS kerana mereka tidak dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran saya. Mereka mula tidak memberi perhatian kepada pengajaran dengan mempamerkan wajah bosan.

Cara mengatasi:

Masalah murid yang lemah saya bercadang untuk memberi latihan pemulihan dengan menekan konsep ayat majmuk. Latihan yang lebih mudah dberikan kepada mereka agar memudahkan mereka untuk  memahami konsep tersebut. Manakala, murid LINUS saya akan libatkan dengan membantu saya dari teknikal seperti menolong saya memegang kad bacaan, melekatkan dan mengedarkan nota kepada rakan. Selain itu, saya turut menyediakan latihan kepada mereka seperti mewarna kata kerja yang digariskan di dalam ayat majmuk.  Saya harus menyediakan lembaran kerja berasingan mengikut aras pengetahuan murid supaya semua murid boleh mengikuti pengajaran dan pembelajaran saya dan penting sekali supaya mereka rasa tidak disisihkan.  Peringatan kepada saya: Penambaikan dalam merancang aktivti untuk murid yang lemah dan LINUS perlu diberi perhatian dan jangan membiarkan mereka terus tenggelam dengan masalah pembelajaran.


RPH 1    RPH 2    RPH 4    RPH 5

0 comments:

Catat Ulasan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More