Selasa, 29 November 2011

RPH 1

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 2
Tema : KELUARGA CERIA
Tajuk : KELUARGA SAYA


keluarga saya


Alat Bantuan Mengajar (ABM)







Bpg rph1
View more documents from salasiah82




REFLEKSI 1: KELUARGA SAYA

Kekuatan                : 

Secara keseluruhannya, objektif pengajaran dan pembelajaran ini tercapai berdasarkan respon dan hasil tugasan yang dihantar oleh murid. Murid dapat mengikuti pembelajaran dengan seronok memandangkan mereka diberi peluang untuk menyanyi semasa sesi set induksi. Mereka juga berminat untuk mengikuti pembelajaran kerana tajuk yang bersesuaian dengan pengetahuan sedia ada murid iaitu bercerita tentang keluarga. Kekuatan yang ketara dalam sesi pengajaran dan pembelajaran pada kali ini ialah kawalan kelas yang terkawal dan arahan yang jelas dengan alat bantu mengajar yang sesuai dan dapat menarik minat murid untuk terus belajar.

Kelemahan             :

Walaupun objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai pada hari ini, namun terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian iaitu menyediakan Borang Pengurusan Grafik yang mudah. Selain itu, beberapa aktiviti yang dirancang tidak sesuai dengan penglibatan  murid secara kelas atau individu seperti di dalam Langkah 2 dan Langkah 3 . Sebagai contoh aktiviti dalam Langkah 2 yang meminta murid membaca dialog dan melafazkan ucapan bertatasusila. Murid mula hilang perhatian semasa aktiviti ini dilaksanakan.

Cara mengatasi      :

Masalah dalam penyediaan Borang Pengrusan Grafik akan  dipermudahkan dengan meletakkan arahan pada Borang Pengurusan Grafik di samping menggunakan kertas berwarna agar murid lebih teruja dan menyimpan borang pengurusan grafik sebagai koleksi bahan rujukan. Sehubungan dengan itu, reka bentuk Borang Pengurusan Grafik akan dipelbagaikan dan ditambah dengan lukisan yang bersesuaian dengan tajuk yang diajar pada hari tersebut. Sebagai contoh,  Borang Pengurusan Grafik berwarna-warni dalam pelbagai bentuk seperti bintang, bulat, bunga dan sebagainya. Bagi mengatasi masalah dalam Langkah 2 dan Langkah 3, aktiviti akan dirancang untuk aktiviti berkumpulan dan aktiviti berlakon.


RPH 2    RPH 3    RPH 4    RPH 5


0 comments:

Catat Ulasan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More