Isnin, 28 November 2011

Cadangan strategi/kaedah pengajaran bagi mengatasi masalah tersebut

• Pendekatan pengajaran yang lebih menyeluruh dan berkesan perlulah dilaksanakan. Berikan contoh-contoh yang bersesuaian dan berkaitan dengan kehidupan seharian agar mereka dapat mengaplikasikan pengetahuan tersebut seterusnya menjadi suatu hikmah dalam kehidupan mereka. Gambarajah dan animasi video mengenai pembahagian sel boleh dipaparkan semasa sesi P&P. Suasana pembelajaran akan menjadi lebih menyeronokkan.
• Menjalankan suatu aktiviti yang dapat melibatkan pengibatan mereka secara menyeluruh. Dengan membahagikan para pelajar kepada beberapa buah kumpulan kecil, mereka dikehendaki merekabentuk model mitosis dan sitokinesis dengan menggunakan kad manila, plastisin, pensel, pemadam, gunting, bebenang halus dan gelungan bebenang kasar yang berwarna biru dan merah. Warna biru dan merah ini bagi membezakan pasangan kromosom homologus yang berbeza. Pada akhir sesi P&P, mereka dikehendaki membentangkan hasil kerja mereka di hadapan kelas.
• Guru haruslah melakukan rancangan pengajaran, iaitu rancangan harian yang lebih teliti dan tersusun agar segala matlamat dan objektif pengajaran dapat disampaikan dan diterapkan ke dalam diri setiap pelajar. Lakukan latihan mengajar terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam kelas bagi memastikan segala rancangan pengajaran dapat dilaksanakan. Kaitkan topik baru yang hendak diajar dengan topik yang telah dipelajari. Misalnya, kaitkan topik pembahagian sel dengan topik yang telah dipelajari, iaitu struktur dan organisasi sel.
• Guru perlu memastikan agar suasana pembelajaran sentiasa menyeronokkan. Ini dipengaruhi oleh sikap pelajar dan keadaan persekitaran kelas. Keadaan kelas yang selesa membantu sesi P&P berjalan dengan lebih lancar dan berkesan.
• Pemantauan dan penilaian perlulah dilakukan agar rancangan pengajaran tidak menyimpang jauh daripada matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, ini juga bagi memastikan para pelajar dapat mengusai objektif pengajaran yang ditetapkan. Ini dapat dilakukan melalui sesi ujian bertulis dan soal jawab dengan para pelajar mengenai topik pembahagian sel.
• Akhir sekali, guru perlu melakukan refleksi kendiri bagi menilai sejauh mana keberkesanan kaedah pengajaran yang dilaksanakan. Ini dapat dinilai dari segi penguasaan para pelajar mengenai objektif pengajaran pada hari tersebut, bukan dinilai dari segi sukatan mata pelajaran yang dapat dihabiskan.



0 comments:

Catat Ulasan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More