Jumaat, 2 Disember 2011

RPH 4

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 2
Tema : KELUARGA CERIA
Tajuk : SAYA SAYANG AKAN MEREKA II


Saya Sayang Akan Mereka 2




Alat bantuan mengajar (ABM)



REFLEKSI 4 : SAYA  SAYANG AKAN MEREKA (2)

Kekuatan :

Murid seronok mengikuti pembelajaran pada hari ini. Hari ini saya  mengajak murid saya untuk membuat kad ucapan. Peningkatan murid dalam bacaan sangat memuaskan. Murid LINUS sudah dapat membaca ayat mudah dengan bimbingan guru dan rakan. Objektif pembelajaran tercapai sebanyak 85% kerana 28 daripada 33 orang murid dapat mengikuti dan menjawab soalan dengan betul dalam aktiviti melengkapkan ayat dengan mengggunakan perkataan yang sesuai.

Kelemahan :

Masalah yang saya hadapi kali ini ialah pengurusan masa. Walaupun  pembahagian masa telah dirancang namun murid tidak dapat mengikut masa yang diperuntukan untuk menyiapkan tugasan. Aktiviti membuat kad terpaksa dijadikan sebagai kerja rumah. Manakala dalam aktiviti  kuiz menghafal nama, penglibatan murid tidak menyeluruh kerana hanya murid yang pandai mendominasi permainan.

Cara mengatasi:

Penambaikan dari aspek isi pelajaran perlu dilihat supaya ianya menyeluruh dan mengembangkan potensi murid. Selain itu, saya perlu memberi pelbagai kategori dalam melaksanakan aktiviti kuiz. Maknanya, saya mesti menyediakan 3 set soalan dalam kuiz seperti menyediakan soalan kuiz yang asas untuk murid lemah dan LINUS, soalan aras sederhana untuk murid sederhana dan arass sukar atau tinggi untuk murid yang bijak. Bagi mengatasi masalah pengurusan masa, saya perlu mengkaji dan menyelidik beberapa faktor antaranya faktor masa aktiviti menulis, mewarna, melukis dan kefahaman murid dalam memahami kehendak soalan atau arahan yang diberi. Saya juga harus melihat fackor bahan dan alatan yang diperlukan untuk membuat kad seperti kad manila, kertas berwarna, pensil warna, gunting dan gam. Maknanya saya mesti mengingatkan murid untuk membawa peralatan sebelum melaksanakan aktivti ataupun saya sendiri menyediakan alatan tersebut.



RPH 1    RPH 2    RPH 3    RPH 5






0 comments:

Catat Ulasan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More