Jumaat, 2 Disember 2011

RPH 5

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 2
Tema : ALAM SEMULA JADI
Tajuk : FLORA DAN FAUNA


Flora Dan Fauna








REFLEKSI 5 : ALAM FLORA DAN FAUNA

1.1  KEKUATAN

Secara keseluruhannya, objektif pengajaran dan pembelajaran dalam makropengajaran saya tercapai sebanyak 80% peratus iaitu 27 orang daripada 33 orang murid berjaya menguasai kemahiran dan isi pelajaran pada hari ini. Objektif pengajaran dan pembelajaran ini dapat dinilai melalui respon dan jawapan murid berdasarkan latihan yang disediakan. Murid terlibat secara aktif dan mampu mengikuti isi pelajaran yang ingin disampaikan. Isi pelajaran bersesuaian dan murid dapat memahami konsep yang ingin diberi penegasan. Selain itu, kawalan kelas turut berjalan dengan lancar dan teratur. Penerapan nilai diterapkan mengikut situasi pengajaran dan pembelajaran seperti yang dirancang. Selain itu, saya turut meletakkan unsur kecindan untuk menarik minat murid dan membantu murid kembali fokus kepada pembelajaran. Saya juga membuat peneguhan melalui pujian dan teguran di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran saya. Saya turut mengubah rancangan pengajaran saya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran saya untuk menyesuaikan situasi dan isi pelajaran supaya objektif pembalajaran tercapai. Saya lakukan perubahan supaya murid tidak bosan dan mereka masih meneruskan pembelajaran.

1.2  KELEMAHAN

Kelemahan dalam sesi makropengajaran saya pada kali ini ialah pengurusan masa. Walaupun  pembahagian masa telah dirancang namun murid tidak dapat mengikut masa yang diperuntukan untuk menyiapkan tugasan. Selain itu, saya turut menghadapi masalah dengan Murid LINUS kerana mereka tidak dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran saya. Mereka mula tidak memberi perhatian kepada pengajaran dengan mempamerkan wajah bosan.

1.3  CARA MENGATASI/PENAMBAHBAIKAN

Penambaikan dari aspek isi pelajaran perlu dilihat supaya ianya menyeluruh dan mengembangkan potensi murid. Selain itu, saya perlu menyediakan pelbagai aras soalan di dalam lembaran kerja. Bagi mengatasi masalah pengurusan masa, saya perlu mengkaji dan menyelidik beberapa faktor antaranya faktor masa aktiviti menulis, mewarna, melukis dan kefahaman murid dalam memahami kehendak soalan atau arahan yang diberi. Maknanya saya mesti mengingatkan murid untuk membawa peralatan sebelum melaksanakan aktivti ataupun saya sendiri menyediakan alatan tersebut. Selain itu, masalah murid yang lemah saya bercadang untuk memberi latihan pemulihan dengan menekan sesuatu konsep dalam bahasa Malaysia. Latihan yang lebih mudah dberikan kepada mereka agar memudahkan mereka untuk  memahami sesuatu konsep tersebut. Manakala, murid LINUS saya akan libatkan dengan membantu saya dari teknikal seperti menolong saya memegang kad bacaan, melekatkan dan mengedarkan nota kepada rakan. Selain itu, saya turut menyediakan latihan kepada mereka seperti mewarna kata antonim yang digariskan di dalam petikan.  Saya harus menyediakan lembaran kerja berasingan mengikut aras pengetahuan murid supaya semua murid boleh mengikuti pengajaran dan pembelajaran saya dan penting sekali supaya mereka rasa tidak disisihkan.  Peringatan kepada saya: Penambaikan dalam merancang aktivti untuk murid yang lemah dan LINUS perlu diberi perhatian dan jangan membiarkan mereka terus tenggelam dengan masalah pembelajaran.

RPH 1    RPH 2    RPH 3    RPH 4


0 comments:

Catat Ulasan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More